Penutur asli bahasa Indonesia dan bahasa Melayu menggunakan pelbagai perkataan untuk Tuhan, bergantung pada latar belakang mereka. Tujuan penyelidikan ini ialah menjawab soalan-soalan yang berikutnya:

1) Istilah bagi Tuhan yang manakah digunakan dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu melibatkan pelbagai latar belakang dan konteks?
2) Bagaimanakah istilah bagi Tuhan digunakan dan difahami dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu, adakah perbezaan dalam penggunaan dan kefahaman bergantung pada latar belakang dan konteks, dan jika ada perbezaan, bagaimanakah istilah-istilah tersebut digunakan dan difahami secara berbeza?
3) Mengapakah istilah bagi Tuhan digunakan dalam bahasa Indonesia dan Melayu dengan cara tertentu dan, jika digunakan secara berbeza bergantung pada latar belakang dan konteks, mengapakah penggunaannya dan kefahamannya berbeza?

Pada laman web ini hasil 
penyelidikan ini akan diterbitkan. Selain itu juga akan diberikan akses kepada terjemahan Kitab-Kitab lama, pautan kepada terjemahan-terjemahan baru dan penerbitan lain yang relevan.